Rabu, 28 Oktober 2009

Ahad, 27 September 2009

Ziarah la negeri Serambi Mekah




PELUANG KERJAYA

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Insaniah, Kedah (Gred N41)



IKLAN JAWATAN KOSONG


1. (a) Jawatan : Pegawai Tadbir (Gred N41)
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan



2. Jadual Gaji : P1T1 RM1690.28 – P1T27 RM4640.28
P2T1 RM1784.90 – P2T26 RM4918.55
P3T1 RM1883.70 – P3T26 RM5220.62



3. Syarat Lantikan :

i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi

tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3 1871.18]; atau

iii)Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian

tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4 1961.63]

iv)Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



4. Taraf Jawatan : Tetap / Sementara / Sambilan


5. Keutamaan :

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang dapat menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa

Arab dengan baik.

6. Alamat Pemohon :

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis, dengan mengemukakan maklumat diri (resume),
Beserta sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir dan salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum serta semua sijil-sijil yang berkaitan kepada:



Pendaftar Kolej Universiti Insaniah (KUIN),
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Star, Kedah Darul Aman.
(u.p : Bhg. Pengurusan Sumber Manusia)



7. Tarikh Tutup :Selewat-lewatnya sebelum atau pada
15 Oktober 2009 (Khamis)

PERIHAL NAJIB DI BAGAN PINANG

BAGAN PINANG, 28 Sept: Bayangkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti, calon Umno ditolak lagi oleh rakyat.

Sudah pasti keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akan melonjak dan pilihan raya ke 13 nanti bakal berlaku tsunami yang lebih besar lagi.

Bagi anggota Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat bimbang ianya akan berlaku.

Jika berlaku lagi, beliau bimbang kerusinya juga bakal hilang dan menjadi Perdana Menteri terakhir Umno.

Bagan Pinang adalah salah satu dari lima Dun yang terletak di bawah Parlimen Telok Kemang. Tiga Dun sudah dikuasai Pakatan termasuk Parlimen, hanya dua termasuk Bagan Pinang yang masih di bawah BN.

Bagan Pinang umpama Permatang Pasir yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datuk Seri Anwar.

Datuk Kamarul, bekas Setiausaha Agung PKR berkata demikian dalam majlis rumah terbuka hari raya anjuran PAS Negeri Sembilan semalam di Bagan Pinang semalam.

"Di Permatang Pasir, Najib (dan) Umno telah lihat calonnya ditolak rakyat kerana mempunyai terlalu banyak masalah peribadi dan kerjaya. Sebab itu, mereka bimbang takut ianya sekali lagi akan berlaku di Bagan Pinang," katanya.

"Yang menghairankan, Umno Telok Kemang beri sokongan pada bekas Menteri Besar (Tan Sri Isa Samad). Tiba-tiba al-khalifah (Tun) Dr. Mahathir pula mengkritik calon akar umbi Umno sendiri," katanya.

Katanya lagi, kekeliruan Mahathir itu sebenarnya berpunca dari kekalahan berterusan Umno dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Ia berlaku bukannya disebabkan masalah peribadi calon mereka semata-mata tetapi faktor penolakan terhadap Umno itu sendiri.

Tambahnya lagi, masalah pencalonan tidak menjadi pertikaian pemimpin Pakatan peringkat negeri dan nasional, kerana Pakatan mengamalkan muafakat dan semangat setia kawan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya menjelaskan, pilihanraya Bagan Pinang ini mampu mempercepat Pakatan mengambil alih Persekutuan jika Umno terus ditolak rakyat.

"Jika menang PAS, kerajaan Negeri (Sembilan) tidak jatuh pada Pakatan Rakyat. Jika menang Umno pun, Pakatan tidak boleh mengambil alih Persekutuan. Tetapi Umno bimbang rakyat terus disedarkan tentang perubahan,� katanya.

Ujarnya lagi, kebimbangan tersebut disebabkan Umno tidak mahu rakyat terus terdedah oleh rekod kemampuan memerintah seperti yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat Selangor, dengan memberikan nikmat bekalan air percuma kepada rakyat.

Bercakap pada pentas yang sama, Pesuruhjaya PAS Melaka Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, rakyat bukan sahaja tertanya-tanya siapakah calon terbaik yang dipertaruhkan Umno dalam pilihanraya kali ini; malah isu kemasukan mendiang Altantuyaa Sharibuu tanpa rekod Imigresyen juga menjadi misteri di sisi rakyat
Beliau juga yakin, keputusan kalah menang pilihanraya kecil ini akan memberi kesan langsung kepada rakyat di peringkat nasional kelak.

Ogos tahun lalu, Datuk Ariff Shah Omar Shah (Umno) dikalahkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya Parlimen Permatang Pauh.

Februari lalu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Umno) dikalahkan oleh Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu.

April lalu, Ismail Safian (Umno) dikalahkan oleh Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) dalam pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.

Serentak dengan pilihanraya Bukit Gantang, Datuk S. Ganesan (MIC/BN) dikalahkan oleh S. Manikumar (PKR) dalam pilihanraya Dun Bukit Selambau.

Jun lalu, Aminah Abdullah (bebas) yang dikatakan sebagai calon proksi Umno, turut dikalahkan oleh Dr. Mansor Othman (PKR) dalam pilihanraya Dun Penanti.

Julai lalu, Tuan Aziz Tuan Mat (Umno) dikalahkan oleh Mohd Fauzi Abdullah (PAS) dalam pilihanraya Dun Manek Urai.

Ogos lalu, Rohaizat Othman (Umno) dikalahkan oleh Mohd Salleh Man (PAS) dalam pilihanraya Dun Permatang Pasir.

Pilihanraya kecil Bagan Pinang ini dikatakan bakal menjadi aras tanda utama, sama ada tsunami politik 8 Mac 2008 masih berterusan sehingga sekarang, atau rakyat sebenarnya masih menolak sesiapa saja calon yang diperjudikan Umno BN.

BERITA BAIK UTK PEKERJA KILANG TAYAR DI KEDAH

China perlu timbang keluar tayar di Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Pengeluar tayar yang berpangkalan di China harus mempertimbang untuk beroperasi di Malaysia bagi mengelakkan tarif sebanyak 35 peratus yang dikenakan ke atas import tayar buatan China oleh Amerika Syarikat (AS).
"China beli banyak getah daripada Malaysia sebagai bahan mentah untuk menghasilkan tayar di negara itu. Jika pengeluar membuka kilang dan eksport dari Malaysia, mereka boleh mengelakkan kesan cukai tambahan," kata Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Malaysia-China, Ir. Liew Choon Kong di sini, semalam.

Keputusan Amerika Syarikat untuk mengenakan cukai tambahan ke atas tayar buatan China mencetuskan rungutan daripada syarikat tayar tempatan di negara itu.
Ini juga mendorong China membantah keras dasar perlindungan yang diamalkan oleh AS.
Menurut Choon Kong, jika tayar dikeluarkan di Malaysia oleh pengeluar yang berpangkalan di China, spesisifkasinya tidak akan dikategorikan sebagai 'China' yang akan membolehkan produk itu memasuki pasaran AS.
"Dengan cara ini, ia juga menjimatkan kos, dan pada masa yang sama mengelak kesan tarif baru AS ke atas tayar buatan China," katanya.
Choon Kong berkata, langkah itu akan juga secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang perniagaan bagi syarikat Malaysia dan China untuk berganding bahu, memandangkan persekitaran ekonomi semasa.

Beliau juga menggesa pengeluar makanan dan minuman tempatan untuk menembusi pasaran China kerana ada banyak peluang yang belum dimanfaatkan di sana, memandangkan jumlah penduduknya yang semakin meningkat.
"Orang China sukar mendapatkan bekalan kopi. Jadi ini contoh pasaran yang boleh dipertimbangkan oleh pengeluar Malaysia," tegasnya. - BERNAMA